Tuesday, 2 August 2011

bulan sudah tiba

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011
Pejam celik, pejam celik sudah hendak masuk bulan Ramadhan bermakna bermulalah ibadah puasa bagi umat Islam di seluruh dunia. Apa-apa pun Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia baru sahaja mengumumkan tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2011.
Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Monday, 1 August 2011

Fesyen rambut zaman sekarang

selamat sejahtera kepada pembaca2 blog Hikayat Marhaen Kacak ini. Dalam entri kali ini aku nak sentuh pulak tentang perkembangan fesyen di negara Malaysia ini. Fesyen la pulak Si Marhaen Kacak ni…. Kejap pasal mata, kejap artis, kejap freemason, kejap jadi alim cerita pasal agama…..hahahaha….. Dah nama pun blog rojak separa professional. So, sudah semestinya aku nak menyentuh pelbagai topik dan yang pentingnya blog aku ini tidak bersawang dan tidak penuh dengan semak samun…ekekek…
Orait… Fesyen bukan sebarang fesyen. Hari ini aku nak berceloteh tentang trend terkini dalam menggayakan rambut bagi kaum Adam secara umumnya…. Kebiasaannya kalau kita pergi kedai gunting rambut ataupun salon, kita boleh minta mamak kedai gunting ataupun hairstyler kita memotong serta menggayakan rambut kita mengikut kehendak kita. Pada zaman 60an 70an dan 80an, fesyen rambut yang terkenal adalah ‘Ramos’ dan ‘Afro’ dan jugak fesyen ‘GQ’. Kalau korang bukak album2 gambar lama abah korang, sudah pasti korang dapat lihat evolusi fesyen rambut mengikut perkembangan zaman.
sudirman-2
Fesyen rambut ini berkembang mengikut peredaran masa dan didapati trend2 rambut tertentu selalunya dimulakan oleh oleh ikon2 dalam dunia hiburan, tokoh2 politik serta bintang2 dalam arena sukan. Lihat saja fesyen rambut Legenda Rock n Roll, Elvis Presley yang menjadi kegilaan generasi 60an. Generasi ‘hippies’ 70an pula popular dengan fesyen rambut ‘Afro’ seperti yang dapat kita lihat pada rambut David Arumugam dan mendiang Logan Alleycats. Pernah lihat fesyen rambut Allahyarham Sudirman ataupun Vanilla Ice? Itu adalah fesyen rambut ‘GQ’ yang menjadi ikutan muda-mudi di zaman awal 80an sebelum gelombang Rock dan Metal melanda.
Di zaman 2000an ni pula, pelbagai fesyen dan gaya rambut telah muncul dan menjadi ikutan setiap lapisan bangsa dan umur. Ada fesyen ‘rambut rebonding’ seperti Zamani Slam, Ada jugak yang menggayakan fesyen rambut ‘tutup mata’ ala2 Noh Hujan dan tidak ketinggalan juga ada yang mengenakan fesyen rambut di mana tiada rambut pun berada di atas kepala mereka yakni bercukur licin ala2 Vin Diesel yang macho itu. Lagi satu, fesyen rambut ‘tak mandi 10 hari’ juga agak popular di kalangan budak2 alaf baru.
 hujan
Di zaman milenium ini lagi, Kita pernah dikejutkan dengan kehadiran satu fesyen rambut yang agak sinonim sejak akhir2 ini. Fesyen rambut ini selalu kelihatan di tabloid2 dan surat2 khabar tempatan saban hari. Tidak pula dapat di pastikan fesyen ini telah menjadi ikutan remaja2 kita di seluruh Malaysia ataupun tidak…. Mari kita lihat fesyen rambut yang amat chantek sekali di duniya nan fana’ ini…… Tidak lain tidak bukan adalah dari dR pecah panggung kita…..yeay!
rozmey
Pi mai pi mai, kita tak boleh menafikan pengaruh pemain bola sepak dalam perkembangan trend dalam penggayaan rambut. Kebiasaanya, gaya rambut ‘superstar’ bola sepak akan menjadi ikutan dan kegilaan peminat fanatik dan juga peminat suam2 kuku mereka. Jom kita lihat gelagat dan ragam fesyen rambut pemain bola sepak terkemuka pada masa kini dan sedikit masa dahulu….cikedaut…

fellaini
Walaupun fesyen retro ini sudah lama ditinggalkan, Marouane Fellaini ingin ‘mencuri’ tumpuan peminat bola sepak dengan ‘penjelmaan semula’ gaya rambut seperti ini.
cisse
Bekas Pemain Liverpool, Djibril Cisse memang terkenak dengan fesyen rambut yang pelik2
lalas
Bekas Pemain Antarabangsa USA, Alexi Lalas dengan fesyen rambut dan janggut merah. Mencuri tumpuan pada Piala Dunia 1994
ronaldo
Fesyen rambut bintang Portugal dan Real Madrid ini juga kerap menjadi ikutan generasi kini
valderamma
Carlos Valderamma dari Colombia ini sudah pasti diingati kerana fesyen rambut nya begitu ‘obvious’
taribo west
Pemain berkulit hitam, Taribo West juga gemar mengenakan fesyen rambut pelik2
beckham
Legenda Manchester United, David Beckham sudah pastinya menjadi ikon fesyen rambut bagi peminat2 nya di seluruh dunia

Di Malaysia, pemain bola sepak tempatan kurang dijadikan idola dalam perkembangan fesyen rambut rakyat Malaysia. Rata2 tiada pemain kelab2 dan pemain kebangsaan kita yang mempunyai fesyen rambut yang unik dan ‘cool’. Gaya rambut pemain tempatan agak biasa2 sahaja dan tidak menjadi ikutan peminat bola di tanah air kita.
zaquan
Walaupun begitu, Marhaen Kacak di sini menjangkakan sedikit masa lagi, rakyat Malaysia khusus peminat bola sepak tempatan dan skuad kebangsaan akan menggilai satu trend rambut terbaru. Trend rambut ini diinspirasikan buat julung2 kali nya oleh personel bola sepak tempatan. Ini memecah tradisi bagi individu yang terlibat dengan sukan bola sepak tempatan kerana sebelum ini tiada di kalangan mereka2 ini mampu mencetuskan fenomena fesyen rambut yang bakal menjadi ikutan oleh rakyat seantero Malaysia.
Jika sebelum ini fesyen rambut David Beckham dan Cristiano Ronaldo ynng menjadi ikutan, kini rakyat Malaysia dengan semangat 1Malaysia nya sudah mampu berbangga kerana bakal mempunyai ikon fesyen rambut dari anak tempatan. Dijangka selepas ini, semua salon dan kedai gunting di seluruh Malaysia akan dipenuhi dengan pelanggan di mana rata2 mereka ini ingin memiliki fesyen rambut seperti di bawah ini……
rajagopal
Yeah!… Selepas ini diramalkan majoriti rakyat Malaysia akan meng’convert’ rambut mereka kepada fesyen rambut K.Rajagopal, Jurulatih Skuad Harimau Muda yang telah berjaya membimbing pasukan bola sepak Malaysia itu memenangi perlawanan menentang Indonesia pada 26hb Disember 2010. Gua cayalah lu Uncle Raja!…..hehehehe…… Diharap Malaysia mampu menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali. Tapi yang penting, mutu permainan pasukan bola sepak Malaysia memang sudah sangat2 meningkat berbanding dulu…..syabas diucapkan….
JOM RAMAI-RAMAI KITA PAKAT-PAKAT TUKAR FESYEN RAMBUT!!!!! YEAY!
rajagopal 2
Lihat rambut ku….Anggun dan Menawan!!!!
ADE BERANI?

adios
JANGAN BERLAGAK MARHAEN JIKA TIADA JIWA MARHAEN